Sunday, August 15, 2010

F.A.Q - SOALAN-SOALAN LAZIM

Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan.

Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat.
Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori..Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi.
Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna.
Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan.Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.
Rujukan:

Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu? Adakah perlu hari-hari?
Tidak perlu hari-hari. 3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air segelas selepas bersauna.

Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda.
Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Tolong jangan makan nasi 3 pinggan selepas sauna. Cuba kurangkan kepada 1 pinggan. Anda lihat hasilnya. Banyakkan makan buah-buahan seperti pisang dan tembikai. Ia tidak akan rasa lapar dan tiada lemak. Kurangkan makanan junk food.

Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan . Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara Menjaga sauna?
Set sauna kami Free Maintenance iaitu tak perlu dibasuh. Untuk menjaga kebersihan sauna, sila lapik kain di bawah kerusi dan sekitar leher. Ini untuk pastikan peluh anda tidak kena pada sauna. Selepas sauna, buka sedikit zip kiri dan kanan dan letak di bawah kipas & spray sedikit Febreeze (anti bakteria) yang terdapat di Gedung Membeli-Belah. Sauna anda bukan sahaja bersih tapi wangi. Kalau terkena kotoran, tak perlu basuh semua sauna, hanya gosok dengan sabun kawasan kotor dan lapkan sahaja.

Ada sauna yang harga lebih rendah?
Set sauna kami tidak perlu dipasang. Tiada berbelas-belas rangka kecil macam LEGO untuk anda susun untuk jadikan sauna..kecuali anda memang suka main LEGO..Anda hanya perlu buka terus dah boleh sauna. Set sauna kami adalah yang termudah untuk bersauna. Harga kami tawarkan adalah sangat berpatutan. Tidaklah terlalu murah dan mahal. Memang berbaloi..Tapi semua keputusan atas anda untuk buat pilihan sauna mana yang terbaik dan praktikal untuk anda.

Sekiranya saya ada penyakit serius boleh kah bersauna?
Jangan! baik anda minta nasihat doktor anda terlebih dahulu..Sauna ikut kemampuan.

Apa kebaikan Sauna Pants?
Untuk kempiskan bahagian perut,paha dan punggung..fitkan semula bentuk badan anda.

KENAPA PERLU BERSAUNA

KENAPA PERLU SAUNA?

Adakah anda mempunyai masalah-masalah seperti di bawah?
~ Tiada Masa nak berjogging?
~ Tak sempat nak bersenam?
~ Badan rasa lenguh2, sakit sendi letih?
~ Resdung. Pagi-pagi selalu bersin?
~ Berpotensi kena serang darah tinggi, kencing manis?
~ Ibu lepas bersalin berat badan naik?

Rawatan Sauna atau mandi wap panas merupakan gabungan kaedah tradisional-moden & ia berkesan untuk menurunkan berat badan dan kesihatan anda secara semulajadi.Kami ingin perkenalkan produk terbaru dan terhangat di pasaran yang mampu dimiliki oleh anda.

Harga yang tawarkan cukup berpatutan. Beli sekali sahaja anda dapat bersauna bila-bila masa dengan privasi di rumah anda sendiri!!

manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Friday, August 13, 2010

ezyFIR Sauna

INFRARED SAUNA
(RM680)

EZY INFRARED SAUNA (Kaedah moden @ sauna kering) Hanya RM680
Terdapat dalam warna putih silver sahaja
SETIAP SET MENGANDUNGI:

~ 1 tabung sauna
~ 3 keping papan infra red dalam sauna
~ Remote control untuk suhu dan masa
Material yang digunakan:
kain 3 lapis (kain satin luar, fiber tengah & pvc tahan panas)
lapisan bawah ialah plastik tebal kalis air, tahan panas
3 zip kiri, kanan & depan
Teknikal Data:
Model – Ezy FIR SaunaPower - 650W
Saiz - 80cm x 70cm x 95cm
Berat - 6kg Kawalan Masa - 5-30 minit
Kawalan Suhu 6 tahap (40, 45, 50, 55, 60 & 65)

DIVA STEAM SAUNA


DIVA STEAM SAUNA

RM480
KINI DENGAN DUA PILIHAN WARNA MENARIK
GOLD DAN MERAH

Penghantaran : Semenanjung Malaysia (Percuma) / Sabah&Sarawak (RM80)

PERCUMA (Selagi Stok Masih Ada)

++

Cara pemasangan yang mudah

Kualiti kain yang baik. Diperbuat dari 3 lapis kain (luar satin, tengah fiber, dalam pvc tahan panas & kalis air)

Kandungan setiap set:
Sauna tent / Periuk sauna (steamer cooker) / Beg untuk sauna tent

SAUNA PANTS

PROMOSI RM99

(HARGA BIASA RM180)



FUNGSI SAUNA PANTS
Sauna pants ( seluar sauna) ini amat berkesan jika ia digunakan untuk mengempiskan perut & mengecilkan paha. Selain daripada itu ia juga memberi kebaikan dari segi kecantikan dan kesihatan.


Kecantikan
Mencantikkan kulitMengempiskan perut yang buncitDapat menjadikan tubuh lebih kemas dan membentuk semula pinggul secara semulajadi


Lepas Bersalin
Mengecutkan perut, rahim, paha,menyembuhkan luka-luka dalaman, serta menjadikan ibu lebih bertenaga dan cergas.


Pelangsingan Badan
Membakar lemak (sehingga 600 kalori),mencairkan selulit dari luar sama seperti berjogging sejauh 5km


berkesan untuk menguruskan badan.

Kesihatan
Mengurangkan kesakitan anggota badan,sakit urat, sendi, sengal-sengal tulang,menghilangkan tekanan dan perehatan otot.meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imunisasi badan.menghilangkan toksik dalam badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury.meningkatkan tahap metabolisme, melancarkan pengaliran darah,memecahkan lemak yang berlebihan, mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti-penuaan.


CARA-CARA PEMAKAIAN SAUNA PANTS


Untuk menggunakan sauna pant ini, dinasihatkan untuk memakai seluar cotton pada sebelah dlam terlebih dahulu. Jangan pakai sauna pants ini tanpa sebarang lapik. Seluar cotton akan berfungsi untuk menyerap peluh yang akan keluar apabila memakai sauna pant tersebut.

Pakai SAUNA PANTS dalam keadaan yang selesa (baring atau berdiri).

Jangan duduk atau meniarap kerana ini akan mendatangkan masalah kepada alat sauna.

Jangan gunakan losyen atau seumpamanya ketika menggunakan SAUNA PANTSkerana pori-pori akan terbuka luas dan boleh menyebabkan reaksi pada kulit. (allergi/gatal2)

Digalakkan minum minuman panas spt air suam. Elakkan minum minuman sejuk.

Jangan gunakan SAUNA PANTS sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan.

Untuk mendapatkan kesan terbaik, pakai SAUNA PANTS untuk 50 minit pada satu masa.